Saturday, April 4, 2009

Web Quest....

WEB QUEST :

Web Quest salah satu pendekatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran. Oleh kerana pendekatan ini adalah dengan penggunaan teknologi , maka internet adalah diperlukan. Jika inginkan kelainan dalam memberikan tugasan kepada para pelajar, seseorang guru boleh menggunakan web Quest sebagai salah satu cara untuk menarik perhatian pelajar-pelajar. Langkah untuk membentu Wab Quest ini adalah seperti berikut :
1- Pergi ke laman web google dan taipkan web Quest dan pilih webques.Org:home. Maka paparan di bawah akan keluar



Kemudian pergi ke create web quest untuk membuat pendaftaran untuk menggunakan Web Quest dan akan terpapar gambar di bawah. Kemudian click 'here' di bawah paparan QuestGarden.



Seterusnya kita perlu membuat pendaftaran sebagai untuk menggunakan Webquest...Sekiranya kita telah berdaftar, sebagai seorang guru kita boleh masukkan tugasan yang ingin diberikan kepada pelajar. Paparan disebelah kanan di bawah antara item penting untuk ditekankan iaitu:



Pengenalan : Memperkenalkan sedikit sebanyak berkenaan dengan tugasan yang ingin kita berikan kepada mereka contohnya mengenai solat apa yang diperolehi melalui solat


Tugasan : Tugasan yang diberikan guru kepada pelajar contohnya pelajar dikehendaki mencari bahan-bahan tentang nilai-nilai solat


Proses : Bagaimana proses yang perlu diikuti untuk membuat tugasan tersebut. Contohnya bahagikan kepada 4 kumpulan, setiap kumpulan satu tajuk dan seterusnya...


Penilaian : Di sini guru menyertakan aspek penilaian yang akan di buat untuk setiap tugasan pelajar contohnya hubungkait idea 10 markah, isi 20 markah gaya penulisan 5 markah dan sebagainya.


Kesimpulan : Dan yang terakhir adalah kesimpulan di mana guru menyimpulkan berkaitan dengan tugasan yang di beri.

No comments:

Post a Comment