Saturday, April 4, 2009

Web Quest....

WEB QUEST :

Web Quest salah satu pendekatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran. Oleh kerana pendekatan ini adalah dengan penggunaan teknologi , maka internet adalah diperlukan. Jika inginkan kelainan dalam memberikan tugasan kepada para pelajar, seseorang guru boleh menggunakan web Quest sebagai salah satu cara untuk menarik perhatian pelajar-pelajar. Langkah untuk membentu Wab Quest ini adalah seperti berikut :
1- Pergi ke laman web google dan taipkan web Quest dan pilih webques.Org:home. Maka paparan di bawah akan keluar



Kemudian pergi ke create web quest untuk membuat pendaftaran untuk menggunakan Web Quest dan akan terpapar gambar di bawah. Kemudian click 'here' di bawah paparan QuestGarden.



Seterusnya kita perlu membuat pendaftaran sebagai untuk menggunakan Webquest...Sekiranya kita telah berdaftar, sebagai seorang guru kita boleh masukkan tugasan yang ingin diberikan kepada pelajar. Paparan disebelah kanan di bawah antara item penting untuk ditekankan iaitu:



Pengenalan : Memperkenalkan sedikit sebanyak berkenaan dengan tugasan yang ingin kita berikan kepada mereka contohnya mengenai solat apa yang diperolehi melalui solat


Tugasan : Tugasan yang diberikan guru kepada pelajar contohnya pelajar dikehendaki mencari bahan-bahan tentang nilai-nilai solat


Proses : Bagaimana proses yang perlu diikuti untuk membuat tugasan tersebut. Contohnya bahagikan kepada 4 kumpulan, setiap kumpulan satu tajuk dan seterusnya...


Penilaian : Di sini guru menyertakan aspek penilaian yang akan di buat untuk setiap tugasan pelajar contohnya hubungkait idea 10 markah, isi 20 markah gaya penulisan 5 markah dan sebagainya.


Kesimpulan : Dan yang terakhir adalah kesimpulan di mana guru menyimpulkan berkaitan dengan tugasan yang di beri.

Monday, March 23, 2009

Access

Microsoft access

Microsoft access adalah satu program yang boleh digunakan untuk merekodkan data-data atau maklumat. Sebagai seorang guru, program ini mungkin boleh digunakan untuk menyimpan rekod pelajar seperti maklumat peribadi, keputusan peperiksaan, kegiatan kokurikulum dan sebagai. Dengan menggunakan perisian ini, ini akan memudahkan lagi tugasan seorang guru. Untuk menggunakan microsoft access ini, langkah-langkah berikut boleh diikuti:



Langkah pertama ialah dengan membuka perisian microsoft acess. Apabila dibuka, paparan di atas akan dapat dilihat. Kemudian klik di 'blank data base dan' dan masukkan 'file name' contohnya PELAJAR (1) diruangan sebelah kanan di atas dan 'create'.

Setelah selesai paparan di bawah akan terpamer. Dan dapat dilihat di ruangan 'table' sebelah kiri dan boleh letakkan nama untuk table tersebut contohnya peribadi. Di ruang peribadi ini boleh dimasukkan maklumat seperti nama, ic, alamat, no tel dan sebagainya dan close.




Untuk mengisi maklumat peribadi tersebut, perlu disediakan ruangan untuk borang telebih dahulu. Cara-caranya adalah seperti berikut


- Create


- More form


- Form wizard





Maka paparan di atas akan terpamer. Masukkan semua maklumat peribadi dalam 'selected fields'- next sehingga muncul 'tittle form' dan finish. Paparan di bawah akan terpamer:



Masukkan maklumat peribadi yang telah dipaparkan di dalam borang ini. Begitulah seterusnya..

Jika kita ingin memasukkan maklumat lain seperti keputusan peperiksaan, kegiatan kokurikulum, maka langkah di atas perlu dilakukan. INGAT: Setiap maklumat perlu dimasukkan melalui borang.

Bagaimana untuk membuat RELATIONSHIP??.. Langkah berikut perlu diikuti

1. Pergi ke data basetools


2. Klik relationships (dan akan keluar 'show table')


3. Add table tersebut satu persatu. Paparan seperti di bawah akan keluar dan close show table

Apa yang perlu dilakukan? Tekan mouse dan tarik id pertama kepada id kedua dan begitulah seterusnya. Setiap kali id di tarik akan terpapar 'edit relationship' sebagaimana gambar diatas dan tekan create dan close. Sekiranya berlaku kesilapan, right dan delate line.


QUERY (Membuat pertanyaan cth tentang persatuan)

Langkah-langkah berikut, boleh diikuti:

Create - Query wizard - Simple Query Wizard - (paparan di bawah akan terpamer) Masukkan pertanyaan yang dikehendaki cth pertanyaan untuk mengetahui tentang persatuan pelajar. Next dan masukkan title contoh persatuan Sains - Finish





Seterusnya: Pergi ke 'Home' - 'View' - Design View ( akan terpapar seperti di bawah)




Masukkan criteria contoh persatuan Sains. Kemudian klik Report Wizard (Masukkan semua available fields).. Seterusnya next sehingga finish dan paparan di bawah akan keluar.. Iaitu pertanyaan mengenai Persatuan Sains.


Monday, March 9, 2009

Yahoo.Group..


Yahoo! Group




1- Klik - Start your group dan seterusnya

2- Browse Group Categories dan item 'Schools & education' perlu dipilih


Categories 1 : Colleges & universities


Describe 2 : Letakkan
  • Name your group. (di sini kita boleh meletakkan nama yang sukai dalam yahoo.group yang diwujudkan)


  • Enter your group email address. (Memasukkan emel yang sesuai antara perkara penting yang perlu dimasukkan. Emel ini akan digunakan setiap kali kita ingin masuk ke dalam yahoo.group yang telah dibina)


  • Desribe your group. (Kita juga boleh meletakkan kata-kata, gambar atau hiasan-hiasan lain sebagai pelengkap atau faktor penarik dalam yahoo.group yang diwujudkan.

Seterusnya klik - CONTINUE dan paparan di bawah akan muncul


Select Profile - Masukkan word verification. Setelah betul word yang dimasukkan barulah kita boleh pergi ke step yang seterusnya.

Seterusnya klik - CONTINUE

& invite people to join (taip email orang yang hendak di invite). Di sini kita boleh mengajak rakan-rakan untuk menyertai yahoo.group yang telah diwujudkan dengan cara memasukkan emel rakan-rakan yang kita sukai untuk turut serta terlibat dalam group ini. Sekiranya meeka menerima jemputan yang telah dihantar mereka, mereka telah menjadi sebahagian ahli dalam group kita. Segala maklumat yang dihantar ke dalam yahoo.group ini dapat dikongsi dengan rakan-rakan yang telah menjadi ahli.


CONTINUE

Klik edit membership
Kilk management
Klik membership


Klik membership tpye and welcome message (edit)


Membership type : Klik closed (only invited members can join ) &

SAVE CHANGES


Friday, March 6, 2009

Brosur & Booklet


Untuk membuat brosur, fikirkan apa tajuk yang sesuai dan yang dikehendaki untuk dimasukkan ke dalam brosur tersebut. Apakah langkah untuk membuat Brosur:

Pertama : Buka microsoft word
Kedua : Pergi ke 'page layout'
Kedua : Pilih untuk '3 colum'

Setelah selesai, kita boleh memasukkan maklumat yang berkaitan dengan tema yang dipilih. Untuk menjadikan brosur lebih menarik kita boleh memasukkan gambar-gambar yang bersesuaian dengan cara insert - picture - dan pilih gambar

Selain itu, kita juga boleh memasukkan pelbagai warna yang diingini, jadual, memilih saiz dan jenis tulisan yang bersesuaian dan sebagainya.

PERINGATAN: Membuat brosur menggunakan word memerlukan kita untuk mengenalpasti page yang betul di mana page pertama terletak di colum ketiga dalam sheet yang kedua, dan page kedua dalam colum pertama sheet pertama dan diikuti page ketiga colum kedua sheet pertama, keempat dan seterusnya..

Di bawah adalah contoh brosur yang telah siap di buat dengan menggunakan pendekatan sebagaimana yang disebutkan.



Kita juga perlu mempunyai topik yang diminati untuk dimasukkan ke dalam booklet. Langkah untuk membuat booklet adalah seperti berikut:

Pertama : Buka microsoft word
Kedua : Pergi ke 'page layout' &
Ketiga : Pilih margin dan custom margin
: Orientation = landscape
: Pages = Bookfold

Seperti juga brosur kita juga boleh memasukkan gambar-gambar yang bersesuaian, warna-warna yang diminati, tulisan yang sesuai dan sebagainya supaya ianya kelihatan lebih menarik.





Monday, February 16, 2009

EXCEL, apa kepentingannya?

3 Februari 2008

EXCEL perisian yang sangat penting untuk seorang guru.. Salah satu penggunaan perisian excel adalah untuk memasukkan markah-markah pelajar, dan markah-markah tersebut boleh dianalisis dengan lebih cepat, so boleh menjimatkan waktu.. Bagaimana caranya:

  • Sediakan colum untuk memasukkan nama pelajar, subjek, gred dan jumlah keseluruhan markah. Penuhkan apa yang patut terlebih dahulu seperti nama-nama pelajar..


  • Untuk memasukkan gred setiap pelajar dengan lebih cepat.. Sediakan colum untuk gred di bahagian tepi contoh 0 = E, 40 = D, 55 = C, 70 = B & 80 = A. Kemudian bold kan dan seterusnya pergi ke Formulas - define name (colum name: GRED) dan ok..


  • Click colum gred (contoh untuk markah BM) - Formulas - insert function.. Select a function- vlookup Lookup_value = (click markah BM)


Table_array = Taip GRED

Col_index_Num = 2

Range_lookup = True


OK - (ini untuk menentukan gred setiap pelajar dan seterusnya click kat markah BM dan tarik ke bawah dan gred untuk semua pelajar bagi markah BM akan dipaparkan).

Untuk dapatkan jumlah keseluruhan pelajar, Bold semua markah pelajar dan pergi ke formulas- auto sum..

Untuk melihat berapakan bilangan pelajar mendapat gred A, B, C, D & E

  • Buat colum, kemudian


  • Formulas - insert function - countif - Range : Bold gred BM

Criteric : A

Boleh buat untuk setiap subjek


Untuk membuat graf bold kan colum tersebut dan insert graf yang diminati

Saturday, January 31, 2009

How to create 'power point'

20 Januari 2009...
Seperti yang sedia maklum 'power point', adalah bahan bantu mengajar yang berkesan dan boleh menarik minat para pelajar terhadap proses pembelajaran. Jadi, untuk membuat power point yang baik, beberapa kemahiran boleh dipelajari.,


1) Slide pautan

  • Slide pautan perlu diletakkandi bahagian bawah selepas slide master, kemudian pergi ke slide show - setup slide show(masukkan jumlah slide master) - close


  • Click slide master dan Bold (item yang hendak dihubungkan) - insert - hyperlink(pilih slide yang hendak di link kan).


  • Click sllide yang telah di link kan kemudian pergi ke home - shape(pilih button) -dan click action setting untuk last slide viewed


2) Setup (logo, gambar dll) setiap page

  • View - slide master - insert clipart(contoh logo ukm) - close. Logo ukm dapat dilihat terpapar pada setiap slide tanpa kita perlu mengulanginya setiap kali ingin membuat slide yang baru.


PERINGATAN: Untuk membuat power point yang berkesan, kelompok sasaran perlu dikenal pasti terlebih dahulu. Bagi seorang guru analisis terhadap pelajar perlu dilakukan. Kemudian baru sediakan power point berdasarkan keperluan mereka dan baru design..

Thursday, January 22, 2009

Spin & Blog...

Assalamua'laykum wbt..

(13 Januari 2009,..)

SPIN...


Kelas tutorial pertama untuk subjek teknologi dan inovasi.. Didedahkan dengan bagaimana untuk membuka spin dan create blog..



Bagaimana nak buka spin? Layari web ukm (http://www.ukm.edu.my/), dan masuk dalam E-Pelajar, & spin Bangi.. Seterusnya masukkan kata laluan (sebagaimana dalam ruangan dalam gambar di atas), kalu diterima dapatlah kiter masuk ke ruangan spin.. Seperti gambar di bawah






Ermm apa itu Spin? Sebagai pelajar, kat sini banyak info yang diletakkan pensyarah berkenaan subjek yang diambil... Note kuliah, assignment, announcement boleh tengok kat sini. .. Sebagaimana gambar di atas kita boleh klip diruangan 'folder' yang disediakan bagi setiap subjek yang di daftarkan.


BLOG




Blog - Apa langkah-langkah utama yang perlu diikuti untuk membuat blog sendiri?? Buka web google & dan masuk ke dalam ruangan blogger. Apabila terpapar sebagaimana gambar di atas klip di bahagian 'create a blog' sebagai langkah awal untuk membuat blog.



Seterusnya 'create a google account' akan terpapar di mana kita perlu melengkapkan maklumat yang dikehendaki sebagimana yang ditetapkan. Kita juga perlu meletakkan nama blog yang bersesuaian dan seterusnya memilih 'template' yang diminati. Kita juga boleh menghiasi blog dengan hiasan lain seperti jam, kalender dan sebagainya. Kita juga boleh memasukkan maklumat dari semasa ke semasa ke dalam bloh dengan memasukkan emel dan kata laluan yang telah didaftarkan.Di bawah antara contoh blog yang telah yang telah disiapkan



Bila dah faham tu tkde lah susah sangat, walaupun banyak lagi yang tak tahu. apapun "usaha tangga kejayaan"..Terima kasih untuk Pn Nor Sakinah yang banyak memberikan tunjuk ajar. Kalau la takde kelas2 camnie, tak tau la bila nak pandai buat benda2 camni.. Tak lupa buat kawan-kawan yang banyak membantu especially 4 Huda..Thanks a lot