Saturday, January 31, 2009

How to create 'power point'

20 Januari 2009...
Seperti yang sedia maklum 'power point', adalah bahan bantu mengajar yang berkesan dan boleh menarik minat para pelajar terhadap proses pembelajaran. Jadi, untuk membuat power point yang baik, beberapa kemahiran boleh dipelajari.,


1) Slide pautan

  • Slide pautan perlu diletakkandi bahagian bawah selepas slide master, kemudian pergi ke slide show - setup slide show(masukkan jumlah slide master) - close


  • Click slide master dan Bold (item yang hendak dihubungkan) - insert - hyperlink(pilih slide yang hendak di link kan).


  • Click sllide yang telah di link kan kemudian pergi ke home - shape(pilih button) -dan click action setting untuk last slide viewed


2) Setup (logo, gambar dll) setiap page

  • View - slide master - insert clipart(contoh logo ukm) - close. Logo ukm dapat dilihat terpapar pada setiap slide tanpa kita perlu mengulanginya setiap kali ingin membuat slide yang baru.


PERINGATAN: Untuk membuat power point yang berkesan, kelompok sasaran perlu dikenal pasti terlebih dahulu. Bagi seorang guru analisis terhadap pelajar perlu dilakukan. Kemudian baru sediakan power point berdasarkan keperluan mereka dan baru design..

Thursday, January 22, 2009

Spin & Blog...

Assalamua'laykum wbt..

(13 Januari 2009,..)

SPIN...


Kelas tutorial pertama untuk subjek teknologi dan inovasi.. Didedahkan dengan bagaimana untuk membuka spin dan create blog..



Bagaimana nak buka spin? Layari web ukm (http://www.ukm.edu.my/), dan masuk dalam E-Pelajar, & spin Bangi.. Seterusnya masukkan kata laluan (sebagaimana dalam ruangan dalam gambar di atas), kalu diterima dapatlah kiter masuk ke ruangan spin.. Seperti gambar di bawah






Ermm apa itu Spin? Sebagai pelajar, kat sini banyak info yang diletakkan pensyarah berkenaan subjek yang diambil... Note kuliah, assignment, announcement boleh tengok kat sini. .. Sebagaimana gambar di atas kita boleh klip diruangan 'folder' yang disediakan bagi setiap subjek yang di daftarkan.


BLOG




Blog - Apa langkah-langkah utama yang perlu diikuti untuk membuat blog sendiri?? Buka web google & dan masuk ke dalam ruangan blogger. Apabila terpapar sebagaimana gambar di atas klip di bahagian 'create a blog' sebagai langkah awal untuk membuat blog.



Seterusnya 'create a google account' akan terpapar di mana kita perlu melengkapkan maklumat yang dikehendaki sebagimana yang ditetapkan. Kita juga perlu meletakkan nama blog yang bersesuaian dan seterusnya memilih 'template' yang diminati. Kita juga boleh menghiasi blog dengan hiasan lain seperti jam, kalender dan sebagainya. Kita juga boleh memasukkan maklumat dari semasa ke semasa ke dalam bloh dengan memasukkan emel dan kata laluan yang telah didaftarkan.Di bawah antara contoh blog yang telah yang telah disiapkan



Bila dah faham tu tkde lah susah sangat, walaupun banyak lagi yang tak tahu. apapun "usaha tangga kejayaan"..Terima kasih untuk Pn Nor Sakinah yang banyak memberikan tunjuk ajar. Kalau la takde kelas2 camnie, tak tau la bila nak pandai buat benda2 camni.. Tak lupa buat kawan-kawan yang banyak membantu especially 4 Huda..Thanks a lot

Monday, January 19, 2009

First class teknologi..


16 Januari 2009 at 8.00 pm

(Kuliah yg menarik from Dr Norazah.. Pensyarah dedikasi dan mesra alam..)

Kuliah yang menerangkan mengenai E- Learning, characteristic of e-Learning, what is on-line learning dan lain2. Antara kelebihan e-Learning adalah seperti penggunaannya yang tidak terbatas pada masa dan tempat, pembelajaran yang lebih meluas dan tidak perlu untuk "face to face".Proses E-Learning melibatkan "right contents, right people,right time & right place". Ermm, apa pulak yang dimaksudkan dengan online learning?.. Online learning melibatkan 3 kompenan utama iaitu 'contents' iaitu kandungan atau pengisian, 'community' iaitu perlu ada orang yang nak menggunakannya dan 'connectivity' iaitu.. internet.. So, kalau takde salah satu daripada kompenan penting sebagaimana yang disebutkan maka tak lengkaplah proses on-line learning.
Banyak ilmu baru yang diperolehi.. Apapun kena explore lebih lagi.. huhu banyak lagi yang tak tau.. Betul orang kata, semakin banyak kita menuntut ilmu, semakin kita rasa betapa kurangnya ilmu kita.. Apapun biarlah kita menjadi golongan yang"tahu bahawa kita tak tau dan ingin tahu apa yang tak tau"..